Biskut Semperit Susu – Bake With Yen

Delivery every Tuesday & Friday only

Biskut Semperit Susu

Posted by Hello BWY on

Biskut Semperit Susu

Bahan:

250gm mentega Ausicows

200gm susu pekat

1sudu kecil esen vanilla

400gm tepung jagung

3sudu besar tepung kastad

1sudu besar tepung beras

sedikit coklat chip / ceri untuk hiasan

sedikit pewarna pilihan

Cara Membuat:

1.Kacau sebati mentega, susu pekat  dan esen vanilla dengan menggunakan senduk.

2.Tambahkan pewarna mengikut kegemaran.

3.Masukkan tepung jagung, diikuti tepung beras, tepung kastad. Uli perlahan-lahan dengan menggunakan tangan.  (Tambahkan tepung jagung jika doh terlalu cair).

4.Rehatkan doh selama 15 minit di dalam peti sejuk, kemudian masukkan doh ke dalam beg piping dengan acuan terap bunga dahlia.

5.Tekapkan doh di dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dengan acuan semperit dan hias bersama coklat chip/ceri.

6.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°c selama 25 minit.


Share this post



← Older Post Newer Post →


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published.