Kukis Jem Strawberi
Posted by Hello BWY on
Bahan:
95gm mentega Conaprole (dilembutkan)
80gm gula aising
1 biji telur
220gm Tepung Biskut BWY
80gm jem strawberi Hero
10gm gula aising (untuk hiasan)
Cara Membuat:
1.Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2.Masukkan tepung biskut dan uli hingga menjadi doh.
3.Bungkus doh dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Canai dan terap setebal 0.3-0.4cm, tekan bentuk dengan acuan pemotong biskut (cookie cutter).
5.Susun di dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.
6.Bakar pada suhu 150°C selama 10-12 minit atau sehingga kekuningan. Biarkan biskut sejuk.
7.Sapukan jem strawberi pada setiap biskut dan lekatkan bersama 2 biskut yang ada lapisan jem.
8.Taburkan gula aising atas biskut untuk hiasan.